<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3443673512730346055?origin\x3dhttp://ciptaanalam.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Lebih tentang pulau ubin,
klik sini


Pencatat - Amirah Bte Nazri
Pencatat - Nur Fairuz
Juruvideo - Daiyanah Sultana
Jurukamera - Seri Naomi




Kumpulan SatuA
Kumpulan PulaubinGirls
Kumpulan Pulaubin


Thursday, 10 November 2011

Karangan Deskriptif
Nama: Nur Fairuz Bte Firdaus
Kelas: 306

Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin unntuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.

Guru-guru bahasa melayu sekolahku telah mengajak semua murid-murid menengah tiga ekspres untuk ke Pulau Ubin pada 8 hari bulan November. Kami akan  berdarmawisata di sana. Lawatan kami ke Pulau ubin itu dianjurkan oleh Riang Ria. Kami telah mempelajari lebih tentang seni budaya melayu, cara kehidupan di kampungan dan banyak lagi. Kami juga dapat mengalami membuat lukisan batik, yang agak sukar ingin didapati di Singapura.

Saya berasa sangat riang kerana akan ke Pulau Ubin bersama rakan-rakan kami. Kami berkumpul di sekolah pada jam tujuh pagi untuk mengambil kehadiran kami agar tiada sesiapa yang tertinggal di sekolah. Kami telah dipecahkan kepada dua bas untuk ke Changi Jetty agar tidak ramai orang dalam satu bas. Saya berasa amat ghairah kerana sudah lama saya tidak menaiki bot ke Pulau Ubin. Tiba sahaja di Changi Jetty, kami diberi taklimat oleh fasilitator yang telah mengajur lawatan ini. Mereka akan membimbing kami jika ada apa-apa soalan.

Apabila kami sudah sampai di Changi Jetty, kami diberikan bekalan makanan untuk mengalas perut sebelum makan tengahari nanti supaya kami tidak lapar apabila membuat aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Apabila kami tiba di Pulau Ubin, cuaca sudah mendung. Kami menaiki van untuk ke Kampun Riang Ria. Kami harus menunggu fasilitator yang lain yang belum hadir sebelum kami boleh memulakan aktiviti-aktivitinya. Sementara menunggu, saya dan rakan-rakan saya bersembang untuk mengisikan masa.

Kami dipecahkan lagi kepada tiga kumpulan kerana kita ada tiga stesen yang berlainan. Apabila fasilitatornya sudah tiba, kami berpecah. Kumpulan saya membuat lukisan batik dahulu, sementara kumpulan yang lain membuat sama ada menjamah makanan atau mempelajari tentang kehidupan di perkampungan pada masa dahulu. Saya berasa amat ghairah kerana dapat membuat lukisan batik. Cikgu Juraimi, fasilitatornya, mengajar kami tentang bagaimana hendak membuat lukisan batik dengan memegang canting. Canting adalah alat yang digunakan untuk merangka lukisan yang disediakan. Itu adalah pertama kali saya dapat membuat lukisan batik. Cairan lilin itu amat panas, dan kita harus berhati-hati agar tidak tumpah. Jika tumpah, kulit kami boleh melecur.

Kami diberikan sekeping kertas untuk berlatih hingga yakin ingin membuat di kain yang telah disediakan. Selepas kami sudah habis membuat lukisan batik, kami sekumpulan berhijrah ke stesen kedua, iaitu sebuah kampung yang dimiliki oleh Nek Hitam. Di stesen yang kedua, kami mempelajari tentang kehidupan orang-orang pada zaman perkampungan. Kami juga dapat mencuba permainan tradisional seperti congkak, tapak kuda, gasing dan banyak lagi. Saya berasa bahagia kerana dapat mencuba permainan yang sukar ingin dijumpa di Singapura.

Lepas itu adalah makan tengah hari kami. Penganjur telah memesan bungkusan nasi ayam untuk kami sebagai makan tengah hari. Saya dan rakan-rakan saya menghabiskan nasi ayam tersebut sebelum kawan-kawan yang lain. Kami meminta izin agar boleh pergi berjalan-jalan dalam hutan yang berdekatan, tetapi tidak begitu jauh. Kami ingin menjelajah sedikit di hutan kerana di Singapura tiada hutan sebegini.

Setelah menjelajah, kami ternampak sesuatu binatang yang besar. Amirah, rakan saya, ingin pergi melihat binatang itu lebih jelas. Kami mendekati binatang itu dengan perlahan. Daiyanah tersandung seketul batu yang kecil, dia mencampak batu itu dan ia terhentak binatang itu. Saya terdengar binatang itu berdengus. Binatang itu adalah babi hutan. Babi hutan itu mendekati kita semua. Saya berasa gerun kerana babi hutan itu sangat besar. Babi hutan itu makin dekat, hatiku berdegap-degup dengan cepat.

Tiba-tiba, seekor lagi babi hutan timbul dibelakangnya. Tetapi, babi hutan itu lebih besar. Babi hutan itu mungkin ibunya, dan dia dapat menghidu bau manusia. Ibu babi hutan itu kelihatan marah, dan kedua-dua babi hutan itu mendekati kita. Saya berasa amat gentar kerana saiznya amat besar. Lebih besar dari kita semua. Saya mengangkat kaki lalu berlari lintang-pukang ketakutan untuk pulang ke daerah Kampung Rian Ria untuk meminta tolong.

Tiba sahaja di Kampung Riang Ria, kita meminta tolong fasilitator dan guru-guru. Saya berasa amat seram. Kami semua meminta maaf kerana telah menggangu babi hutan tersebut. Orang-orang kampung itu berjaya mengjinakkan babi hutan agar tidak menyerang kami. Babi hutan itu pulang ke tempatnya di dalam hutan, tanpa menyakitkan saya dan rakan-rakan saya. Saya berasa senang hati apabila babi hutan itu sudah pulang.

Selepas pengalaman itu, kami bersambung dengan akitiviti kami. Kami pergi ke stesen yang terakhir. Stesen yang terakhir adalah menjamah makanan. Di stesen ini, kami mempelajari tentang tumbuhan-tumbuhan yang mengelilingi rumah perkampungan pada masa dahulu. Kak Ros, fasilitator stesen itu, mengajar kami bagaimana ingin membuat kuih dadar. Saya berasa teruja kerana dapat memasak kuih dadar.

Selepas stesen itu, kami berkumpul sebagai sekolah untuk memberi hadiah untuk kerja yang terbaik untuk setiap kumpulan. Saya berassa amat euforia kerana dapat tempat pertama untuk lukisan batik untuk kumpulan saya. Setelah semua sudah habis, kita menaiki bot untuk pulang ke Changi Jetty. Kami menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Saya berasa sangat gembira kerana hari itu sangat seronok.

Pelajaran yang dapat saya perolehi daripada lawatan itu adalah kita tidak boleh cuba mencari gaduh dengan binatang atau sesiapa kerana nanti kita dalam keadaan yang bahaya.


18:24



Nama: Daiyanah
Kelas: 306


Karangan Ekspositori


Tajuk: Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

           Dipahamkan bahawa Pulau Ubin adalah pulau kecil yang terletak di timur laut Singapura. Keadaan terkini menunjukkan meskipun pulau ini mempunyai daya tarikkan, usaha bagi mengekalkan keadaan Pulau Ubin yang ada sekarang penting. Ini bermakna kami harus menjaga suasana dengan baik. Namun, apakah yang akan terjadi pada Pulau Ubin pada waktu yang akan datang jika tidak dipelihara? Mengapakah kami harus mengekalkan keadaan Pulau Ubin yang ada sekarang?

         
          Salah satu sebabnya adalah untuk mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu. Oleh kerana gaya kehidupan di sana sinonim dengan kehidupan perkampungan, kami harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin. Ini supaya, pengunjung seluruh dunia dapat peluang untuk berpengalaman dan merasakan hidup perkampungan. Kehidupan perkampungan berbeza dari segi kehidupan seharian. Contohnya, mereka mengunakan perigi bagi sumber air. Kemudahan seperti hawa dingin, rangkaian internet dan sebagainya tidak akan didapati di rumah perkampungan. Jika dibandingkan dengan kehidupan moden di Singapura, tempat pendiaman lebih selesa dan kemudahan-kemudahan yang ada membantu kerja lebih senang dan teratur. Ini adalah satu cara untuk merasakan kehidupan masa lalu tanpa menjelajah ke masa dahulu. Dengan ini juga, dapat mengajar kami untuk menghargai kehidupan kami dengan seadanya.

         
        Sebab kedua adalah kerana Pulau Ubin merupakan sebuah tempat untuk beriadah dan berehat dalam sesuatu alam semula jadi. Pulau tersebut mempunyai suasana yang tenang. Pada waktu yang sama, rakyat Singapura berasa amat tertekan dengan sistem di bandar Singapura. Oleh itu, Pulau Ubin boleh dijadikan suatu tempat untuk melegakan segala riuh rendah. Ini boleh diatasi dengan mengejarkan beberapa aktiviti yang terdapat seperti berkhemah, berbasikal di bukit-bukau, memancing, mengambil fotografi rekreasi alam semula jadi dan sebagainya. Suasana berada di kampung juga dapat mengimbas kembali kenangan yang pernah dialami seseorang yang pernah hidup berkampungan. Ini dapat melepaskan rindu seseorang bagi hidup berkampungan. Di samping itu, hidup perkampungan melahirkan suasana yang harmoni kerana mereka saling membantu satu sama lain. Ini dapat membantu para pengunjung untuk mengukapkan sikap saling memahami antara satu sama lain.

          
          Sebab ketiga adalah Pulau Ubin merupakan satu destinasi pelancongan. Ia mempunyai alam semula jadi yang menarik. Pulau Ubin mempunyai kelimpahan flora dan fauna. Tambahan lagi, Pulau Ubin mempunyai marin kehidupan liar yang mungkin tidak akan didapati di tempat lain seperti pepancut laut, tapak sulaiman, kurita, sotong dan sebagainya. Oleh itu, ia akan dijadikan salah satu tarikkan pelancong. Pengunjung dapat mengagumi keindahan suasana di Pulau Ubin. Ini dapat membina semangat bagi orang yang memupuk minat dalam semula jadi. Ini juga dapat membantu meningkatkan ilmu seseorang dari segi kajian alam semula jadi.

        
         Sebab keempat bagi mengekalkan asal Pulau Ubin adalah kerana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran bagi generasi terkini. Dengan gaya hidup moden yang ada sekarang, pengetahuan mereka tentang masa lampau sungguh cetek. Dengan mengadakan lawatan bagi murid-murid untuk ke Pulau Ubin, mereka dapat mempelajari dan meningkatkan lagi pengetahuan seseorang tentang sejarah Singapura dan kehidupan orang melayu. Mereka akan lebih terdedah tentang budaya melayu pada masa silam. Mereka dapat mengumpulkan informasi dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Ini membantu dalam mengharumkan nama Pulau Ubin. Dengan ini juga, budaya melayu masih dapat dilestarikan dengan adanya pengunjung-pengunjung yang ingin mempelajari lebih tentang budaya melayu.

         
          Secara kesuluruhan, saya rasa usaha untuk mengekalkan keadaan Pulau Ubin seperti yang ada sekarang penting kerana ini mendatangkan banyak faedah bagi generasi yang tua mahupun yang muda. Masa depan pulau ini tergantung pada tangan orang-orang Singapura. Sebagai warga Singapura, ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan perkembangan negara berjalan dengan lancar. Sia-sia sahaja jika kita tidak tahu menghargai ciptaan alam dan semula jadi yang terdapat.


18:18



Karangan Deskriptif


Nama: Amirah Bte Nazri
Kelas: 306


Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.

Saya tidak sabar untuk ke sekolah pagi itu. Sampai sahaja di kantin sekolah, kelihatan ramai rakan-rakan saya yang sedang berborak-borak dan juga kelihatan ghairah. Hari selasa yang lalu adalah hari pertama program titian Bahasa Melayu. Program itu hanya untuk pelajar-pelajar melayu menengah tiga ekspress.

Pada hari pertama program titian itu, guru-guru kami akan membawa kami ke Pulau Ubin dimana kami dapat mengenali lebih tentang kehidupan orang kampung. Kami juga diberitahu bahawa kami akan mempelajari tentang makanan dan permainan tradisional. Rakan-rakan saya serta guru-guru sekolah saya terus ke Changi Ferry Point dimana kami menaiki ferry untuk ke Pulau Ubin.

Tiba sahaja di Pulau Ubin, kelihatan ramai pelancong di tempat masuk ke Pulau Ubin. Pukulan ombak didengari. Angin pada masa itu juga amat kencang dan cuaca juga kelihatan mendung. Dengan cepat, guru-guru terus membawa kami ke kampung Riang Ria. Tiba sahaja di kampung Riang Ria itu, kami disambut, oleh fasilitaor-fasilitator bagi aktiviti-aktiviti yang selanjutnya. Selepas itu, kami semua dipecahkan kepada tiga kumpulan dimana satu guru ditugaskan kepada satu kumpulan. Kekicauan burung dapat didengari.

Kampung Riang Ria itu terletak di sebuah kawasan yang agak sunyi. Pelbagai flora dan fauna mengelilingi tempat itu. Ada pokok pisang, pokok kelapa dan juga pokok durian. Kumpulan saya terus dibawa ke aktiviti yang pertama dimana kami harus membuat Lukisan Batik. Ada sebuah periuk yang mengandungi cairan lilin. Cikgu Juraimi yang mengajar kami cara-cara untuk menggunakan canting. Apabila saya hendak mencuba mengambil cairan lilin itu dengan canting tersebut, tangan saya asyik tersentuh dengan cairan lilin yang panas itu. Rasa keperitan itu yang membuat saya terpekik. Namun, saya berjaga-jaga ketika membuat lukisan batik itu. Hasil saya itu amat membanggakan. Pelbagai-bagai warna yang telah saya menggunakan.

Aktiviti saya yang kedua adalah mempelajari tentang rumah di kampung dan juga permainan tradisional. Fasilitator di rumah kampung itu menunjuk kami bilik-bilik di dalam rumah itu. Rumah itu kelihatan amat usang kerana sudah lama tidak dihuni orang. Rumah itu luas dan dan penuh dengan pelbagai jenis pokok juga. Selepas itu, fasilitator kami menunjuk kami permainan-permainan yang sering dimain pada zaman perkampungan. Salah satu daripada permainan tersebut adalah tarik Upeh. Kami bermain permainan itu di sebuah kawasan luas di belakang rumah itu. Tanah di kawasan itu ada yang kasar dan ada yang berlumpuh. Ketika rakan saya, Syahmi,sedang mencuba bermain tarik Upeh itu, dia terjatuh kerana rakan saya telah menarik upeh itu terlalu laju. Dia tergolek-golek di tanah dan seluarnya juga terkoyak. Kumpulan saya dan guru kami ketawa terbahak-bahak. Itu adalah peristiwa yang paling menarik.

Lawatan ke Pulau Ubin itu amat bermakna kerana saya telah mempelajari banyak tentang seni dan tradisi Orang Melayu. Saya berharap agar saya dapat Pulau Ubin lagi. Saya amat bersyukur dengan kemudahan yang disediakan di Singapura.


18:17



Karangan Naratif


Name: Seri Naomi Binte Jailani
Kelas: 306




Tajuk: Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini, telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Ternampak sahaja ikan dibeli isterinya, Shafie pun mula teringatkan zaman dia di suasana kampung dahulu. Hidupnya sangat susah pada masa itu. Shafie tinggal di sebuah kampung terdapat di kampung Mawar bersama ibubapanya. Dia adalah seorang anak tunggal. Ibunya menghidap penyakit barah sejak tiga tahun lalu. Bapa Shafie pula bekerja sebagai seorang nelayan. Siang malam keluar berpancing untuk menangkap ikan. Ikan-ikan itu pula dijual oleh Shafie di pasar. Shafie tetap mahu menolong bapanya jual ikan-ikan itu meskipun dia masih bersekolah. Shafie seorang yang pandai dan bijak. Dia senang dan cepat menerima ilmu, seperti garam jatuh ke air. Di sekolah, dia adalah murid yang paling terpandai dan rajin. Guru-guru amat minat dengan perangainya itu.

Suatu hari, malang ditimpa, bapanya jatuh tenggelam dari sampannya apabila sedang memancing akibat hujan yang amat lebat pada petang itu. Bapanya dihantar hospital dan berada di dalam keadaan koma. Shafie berasa tertekan kerana dia tahu keluarganya akan pasti mempunyai masalah dalam kewangan. Dia pun tidak boleh menjaga kedua-dua ibubapanya seorang diri kerana masih ada persekolahan yang harus diselesai.
Ibunya tidak boleh bergerak sendiri. Dia hanya mampu beristirehat di katil sahaja. Makan dan minum juga harus disuapi orang. Nasib baiklah, jiran mereka, Cik Rosnah, dapat menjaga-jagakan ibu Shafie. Cik Rosnah memang punyai banyak masa lapang. Anak-anak Cik Rosnah semua telah berpindah di Kota Bandar. Jadi sekarang, tidak perlulah Shafie berasa risau tentang keadaan ibunya. Bolehlah dia sambung pelajarannya tetapi Shafie pula haruslah mengambil kerja sambilan untuk mandapatkan wang. Dia pun mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah restoran makan sebagai pencuci pinggan mangkuk. Dia pun juga tidak pernah melupakan tentang pelajarannya kerana pelajarannya itu penting.

Semakin lama, penyakit barah ibu Shafie makin teruk. Nyawanya hampir-hampir tenat. Cik Rosnah telah mencuba memasakkan sup-sup yang berkhasiat tetapi tidak berjaya. Malangnya, tiada doktor pun yang mahu menolong ibunya kerana mereka memandang rendah kepada keluarga Shafie. Mereka takut kalau Shafie tidak mampu untuk membayar kos rawatan mereka. Setiap hari Shafie berdoa kepada Tuhan agar ibubapanya cepat sembuh dan agar mereka dimurahkan rezeki. Shafie tidak mampu untuk buat apa-apa lagi tetapi hanya berada di sisi ibunya yang tenat itu. Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia.

Dengan pengalaman pahit dan sedih itu, Shafie bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Dia mahu buktikan bahawa budak kampung seperti dia juga boleh menjadi doktor yang handal. Shafie bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya. Dia tidak mahu orang memandang rendah lagi. Shafie bersekolah dengan tekun dan rajin.

Tidak sia-sia, hasil kerja dan semangatnya telah membuatnya berjaya. Setahun dari kenangan sedih itu, dia telah berjaya untuk menyelamatkan nyawa bapanya yang koma itu. Dia juga telah berpindah ke Bandar. Sekarang, dia telah berkahwin dengan anak Cik Rosnah, Rasyidah, dan tinggal di rumah banglo bersama isterinya dan juga bapanya. Lamunannya terhenti apabila isterinya memanggil dia untuk menyediakan makan malam mereka. Shafie telah mempelajari dalam hidupnya iaitu jangan putus asa dalam kehidupan kita.
469 perkataan


17:56


Wednesday, 9 November 2011

Usaha pemerintah bagi pemeliharaan Pulau Ubin

Kerajaan setuju dengan rayuan dan diberikan lanjutan bersyarat bagi Pulau Ubin untuk kekal dalam keadaan semasa sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang sehingga terdapat keperluan untuk pembangunan semula. Dalam beberapa tahun berikut, kerajaan mengambil peluang ke atas Neolitik Jawa dan berhati-hati memperbaiki kemudahan-kemudahan awam di Pulau Ubin dengan
  •  jalan raya berturap,
  • tempat perlindungan,
  • kiosk maklumat
  • pusat pengunjung di Chek Jawa.
Kerajaan juga memainkan peranannya dalam pemuliharaan itu dan perlindungan Chek Sumatera, pantai dan tanah lembap yang mewujudkan satu santuary alam sekitar dan pengunjung mesra dengan menara pemerhatian. Broadwalk dan melihat jeti sampai ke pantai itu dan tanah-tanah di antara di mana nipah palms, pokok-pokok bakau dan sayur-sayuran pantai yang lain hidup subur.


17:52



Perjalanan ke Pulau Ubin


Sekolah kami telah mengadakan sebuah lawatan ke Pulau Ubin pada 8 Haribulan November pada hari pertama Titian Bahasa Melayu. Kami harus sampai ke sekolah sebelum waktu 7 pagi. Kami digalakkan untuk mengambil sarapan ringan sebelum ke sekolah. Sampainya kami disana, kami dibahagikan pada 4 kumpulan untuk menaiki bas ke Jetty Point.

Selepas itu kami ke Pulau Ubin menaiki ferry. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk sampai ke Pulau Ubin. Dalam perjalanan ke sana, kami amat ghairah kerana ia adalah kali pertama kami menaiki ferry.

Sampainya kami disana, kami dibahagikan pada tiga kumpulan yang terdiri daripada 12 orang. Kami pula berhimpun di Kampung Riang Ria kerana cuaca mula hujan. 



17:07



Batik Painting.

Ketika kami berada di Pulau Ubin, kumpulan kami telah diberi taklimat-taklimat yang tertentu tentang aktiviti yang akan kami melalui. Aktiviti yang pertama adalah lukisan Batik.


Cikgu Juraimi ialah guru yang mengajar kami bagaimana hendak melakukan lukisan batik itu. Pada mulanya, dia menunjuk kami cara-cara menguna canting. Canting ini pula harus dimasukkan ke dalam cairan lilin yang masih mendidih. Canting itu apabila telah dimasukkan ke dalam cairan lilin, harus dialas dengan tisu kerana cairan itu amat panas dan kulit kami akan melecur jika tertumpah.




Cairan lilin itu digunakan untuk merangka lukisan yang disediakan. Kami diberikan peluang untuk melatih menggunakan canting itu. Apabila kami sudah yakin, kami diberikan sebuah templat yg mereka telah menyiapkan. Kami merangka templat dengan teliti. Kami juga belajar bagaimana ingin membuat pengetonan berganda apabila sedang mewarnakan templat itu.




Pengalaman membuat lukisan batik ini amat menarik
kerana ia adalah satu seni melayu yang sangat unik.

Penerangan Cik Juraimi tentang lukisan batik.



17:06



Gaya kehidupan orang melayu.

Kami ke stesen yang kedua iaitu "Kampung Days" dimana kami mempelajari tentang kehidupan orang melayu yang tinggal di kampung. Dari jauh rumah itu kelihatan amat usang. Fasilitator kami memberitahu bahawa tuan rumah itu telah berhijrah ke Singapura setelah  beberapa tahun di situ.


Kamar Perempuan

Kamar Lelaki


Mereka juga membawa kami ke serambi, ruang tamu, bilik tidur dan juga ruang makan di rumah itu. Pada zaman perkampungan dahulu, bilik perempuan dan bilik lelaki ada perbezaannya. Bagi bilik perempuan, mereka memiliki sebuah katil manakala bilik lelaki hanya tidur di lantai. Ini menunjukkan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Orang kampung juga bergantung kepada sebuah perigi yang merupakan sumber air. Ia merupakan sesuatu yang penting bagi kehidupan perkampungan. Suasana rumah perkampungan itu amat berbeza dengan suasana perumahan di Singapura. Rumah kampung kelihatan lebih luas dan dikelilingi dengan flora dan fauna.

rumah usang
perigi

tempat menyambut tamu yang tidak dikenali

Selepas itu, kami diperkenalkan kepada permainan tradisional seperti gasing, congkak. tarik upeh dan tapak kuda. Permainan-permainan tradisional ini semua tidak begitu terkenal lagi bagi remaja zaman terkini. Kami semua diberi peluang bermain dengan permainan tersebut. Kami tidak sangka permainan itu sangat seronok di main. Permainan itu semua menggunakan strategi-strategi yang tertentu. Contohnya adalah seperti permainan congkak. Kami harus pandai mengalahkan pesaing kami.

Ini merupakan satu kesedaran bagi kami untuk bersyukur dengan kemudahan yang kami ada pada zaman sekarang berbanding dengan zaman perkampungan.






17:06



Makanan tradisional orang melayu

Setelah makan tengah hari, kami terus ke aktiviti ketiga iaitu "Food Tasting". Aktiviti itu memerlukan kami memasak kuih dadar. Ia adalah satu kuih yang amat terkenal bagi orang melayu.



Sebelum itu,  Kak Su, fasilitator bagi aktiviti itu, memperkenalkan kami kepada beberapa pokok yang boleh didapati di Pulau Ubin. Contohnya adalah seperti pokok pisang, pokok durian dan juga pokok kelapa. Dia juga menunjuk kami beberapa jenis limau. Ada limau purut, limau nipis dan limau kasturi.Kak Su juga menerangkan khasiat-khasiat dan kegunaan limau-limau tersebut. Bagi limau purut, ia sering digunakan sebagai ubat dan kadangkala untuk aromanya. Selain daripada buah limau, kami juga diperkenalkan kepada pelbagai jenis daun yang sering digunakan dalam masakan. Salah satu daripadanya ialah daun Pandan. Penggunaannya adalah untuk mengharumkan masakan. Setiap jenis daun mempunyai aroma yang berlainan.

Kemudian, Kak Ros menunjuk kami cara-cara hendak masak kuih dadar. Untuk menyediakan adunan luaran kuih dadar itu amat mudah. Untuk warna hijaunya, kita harus mengisar daun pandan dan air, lalu mengumpulkan penapisan tersebut. Campurkan tepung, telur dan air lalu mengacau hingga sebati. Inti bagi kuih dadar itu adalah kelapa parut yang dicampurkan dengan gula melaka yang telah dicairkan. Selepas itu, kami semua diberi peluang untuk memasaknya. Kami akan diberi markah berdasarkan kuih dadar kami.


Makanan-makanan tradisional tersebut tidak begitu popular dengan golongan remaja kini kerana mereka lebih suka akan makanan barat.


Limau Nipis
<> 
Limau Kasturi


Limau Purut

Klip menyediakan kuih dadar.




17:05



Aktiviti yang terdapat di Pulau Ubin.

1) Berbasikal
2) Berbasikal di bukit-bukau
3) Lawatan ke Chek Jawa di sebelah timur Pulau Ubin
4) Berjalan di kawasan Pulau mengikuti laluan di kaki lima
5) Menyaksikan burung
6) Fotografi rekreasi alam semula jadi
7) Pancing
8) Melihat bintang-bintang
9) Berkhemah
10) Menikmati makanan laut
11) Mencuba buah durian

Lebih tentang Pulau Ubin, pergi ke lelaman sendiri, clik sini


06:37



Renungan!

Pada mulanya, saya tidak berasa begitu seronok untuk pergi ke Pulau Ubin kerana suasana disitu amat berbeza dengan suasana di Singapura. Tetapi, setelah melakukan aktiviti seperti lukisan batik, dan juga aktiviti menjama makanan, ia meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang kehidupan di Kampung. Bagi lukisan batik, ia amat susah bagi saya kerana tangan saya yang tidak begitu stabil ketika harus mewarnakan templat yang disediakan. Walau bagaimanapun, saya dapat mempelajari satu kemahiran yang baru. Bagi aktiviti di rumah kampung, banyak permainan tradisional yang dipelajari. Bagi aktiviti menjama makanan, banyak jenis daun dan limau telah saya mempelajari. Saya juga dapat tahu akan kegunaan bagi daun dan limau itu semua. Pada keseluruhan, lawatan ke Pulau Ubin itu amat memanfaatkan dan juga memberi saya peluang untuk meningkat ilmu pengetahuan saya.


- Amirah Bte Nazri

Aktiviti yang amat menarik bagi kami adalah apabila kami mempelajari tentang Gaya Kehidupan Orang Melayu. Pertama, mereka menerangkan pelbagai bahagian dalam rumah. Kamar perempuan lebih selesa untuk didiami dibandingkan dengan kamar lelaki kerana difahami bahawa perempuan bersifat lemah lembut dan lelaki adalah manusia yang gagah. Selepas itu kami mempelajari pelbagai permainan tradisional. Yang kami telah mencuba adalah congkak. Sangat senang cara memain jika tahu strategi yang bagus. Mereka juga memperkenalkan beberapa buah peribahasa yang boleh digunakan dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Kami rasa yang aktiviti ini amat bermanfaat kerana ia membantu kami meningkatkan pengetahuan tentang gaya hidup seorang kaum melayu.

-
Daiyanah

Kali pertama saya menaiki ferry, hati saya terlonjak-lonjak. Setiap ahli kumpulan diberikan lima dolar. Aktiviti yang amat saya gemari adalah lukisan batik kerana saya minat dalam seni lukisan. Saya berasa kagum apabila saya memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan lukisan batik. Saya mendapat topi yang berwarna hijau iaitu warna kegemaran saya. Pulau ubin telah mengajar saya untuk menghargai kehidupan moden kerana di sana amat purba. Saya berharap lawatan sebegini dapat diadakan pada masa yang akan datang.

- Seri Naomi

Apabila diberitahu bahawa kita akan ke Pulau Ubin, saya berasa setengah gembira, setengah tidak gembira sangat. Saya tidak terfikir bahawa aktiviti yang dirancangkan adalah menarik. Aktiviti-aktiviti yang telah kami buat adalah harian di kampung, menjama makanan dan lukisan batik. Aktiviti yang paling saya minati adalah aktiviti lukisan batik. Saya amat gemari dengan aktiviti ini kerana saya tidak pernah membuatnya. Saya dapat meningkatkan ilmu saya tentang cara-cara kehidupan di kampung, permainan tradisional dan pelbagai lagi. Saya dapat mengalami cara-cara bermain permainan di rumah kampung. Saya juga telah mempelajari lebih tentang seni budaya melayu, iaitu lukisan batik, dan juga tentang pertumbuhan yang mengelilingi rumah kampung pada zaman dahulu. Saya berharap dapat mengalami sesuatu sebegini lagi.- Nur Fairuz


06:11