Setelah makan tengah hari, kami terus ke aktiviti ketiga iaitu "Food Tasting". Aktiviti itu memerlukan kami memasak kuih dadar. Ia adalah satu kuih yang amat terkenal bagi orang melayu.
Sebelum itu, Kak Su, fasilitator bagi aktiviti itu, memperkenalkan kami kepada beberapa pokok yang boleh didapati di Pulau Ubin. Contohnya adalah sepertipokok pisang, pokok durian dan juga pokok kelapa. Dia juga menunjuk kami beberapa jenis limau. Ada limau purut, limau nipis dan limau kasturi.Kak Su juga menerangkan khasiat-khasiat dan kegunaan limau-limau tersebut. Bagi limau purut, ia sering digunakan sebagai ubat dan kadangkala untuk aromanya. Selain daripada buah limau, kami juga diperkenalkan kepada pelbagai jenis daun yang sering digunakan dalam masakan. Salah satu daripadanya ialah daun Pandan. Penggunaannya adalah untuk mengharumkan masakan. Setiap jenis daun mempunyai aroma yang berlainan.
Kemudian, Kak Ros menunjuk kami cara-cara hendak masak kuih dadar. Untuk menyediakan adunan luaran kuih dadar itu amat mudah. Untuk warna hijaunya, kita harus mengisar daun pandan dan air, lalu mengumpulkan penapisan tersebut. Campurkan tepung, telur dan air lalu mengacau hingga sebati. Inti bagi kuih dadar itu adalah kelapa parut yang dicampurkan dengan gula melaka yang telah dicairkan. Selepas itu, kami semua diberi peluang untuk memasaknya. Kami akan diberi markah berdasarkan kuih dadar kami.
Makanan-makanan tradisional tersebut tidak begitu popular dengan golongan remaja kini kerana mereka lebih suka akan makanan barat.