<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3443673512730346055?origin\x3dhttp://ciptaanalam.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Lebih tentang pulau ubin,
klik sini


Pencatat - Amirah Bte Nazri
Pencatat - Nur Fairuz
Juruvideo - Daiyanah Sultana
Jurukamera - Seri Naomi




Kumpulan SatuA
Kumpulan PulaubinGirls
Kumpulan Pulaubin


Thursday, 10 November 2011

Nama: Daiyanah
Kelas: 306


Karangan Ekspositori


Tajuk: Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

           Dipahamkan bahawa Pulau Ubin adalah pulau kecil yang terletak di timur laut Singapura. Keadaan terkini menunjukkan meskipun pulau ini mempunyai daya tarikkan, usaha bagi mengekalkan keadaan Pulau Ubin yang ada sekarang penting. Ini bermakna kami harus menjaga suasana dengan baik. Namun, apakah yang akan terjadi pada Pulau Ubin pada waktu yang akan datang jika tidak dipelihara? Mengapakah kami harus mengekalkan keadaan Pulau Ubin yang ada sekarang?

         
          Salah satu sebabnya adalah untuk mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu. Oleh kerana gaya kehidupan di sana sinonim dengan kehidupan perkampungan, kami harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin. Ini supaya, pengunjung seluruh dunia dapat peluang untuk berpengalaman dan merasakan hidup perkampungan. Kehidupan perkampungan berbeza dari segi kehidupan seharian. Contohnya, mereka mengunakan perigi bagi sumber air. Kemudahan seperti hawa dingin, rangkaian internet dan sebagainya tidak akan didapati di rumah perkampungan. Jika dibandingkan dengan kehidupan moden di Singapura, tempat pendiaman lebih selesa dan kemudahan-kemudahan yang ada membantu kerja lebih senang dan teratur. Ini adalah satu cara untuk merasakan kehidupan masa lalu tanpa menjelajah ke masa dahulu. Dengan ini juga, dapat mengajar kami untuk menghargai kehidupan kami dengan seadanya.

         
        Sebab kedua adalah kerana Pulau Ubin merupakan sebuah tempat untuk beriadah dan berehat dalam sesuatu alam semula jadi. Pulau tersebut mempunyai suasana yang tenang. Pada waktu yang sama, rakyat Singapura berasa amat tertekan dengan sistem di bandar Singapura. Oleh itu, Pulau Ubin boleh dijadikan suatu tempat untuk melegakan segala riuh rendah. Ini boleh diatasi dengan mengejarkan beberapa aktiviti yang terdapat seperti berkhemah, berbasikal di bukit-bukau, memancing, mengambil fotografi rekreasi alam semula jadi dan sebagainya. Suasana berada di kampung juga dapat mengimbas kembali kenangan yang pernah dialami seseorang yang pernah hidup berkampungan. Ini dapat melepaskan rindu seseorang bagi hidup berkampungan. Di samping itu, hidup perkampungan melahirkan suasana yang harmoni kerana mereka saling membantu satu sama lain. Ini dapat membantu para pengunjung untuk mengukapkan sikap saling memahami antara satu sama lain.

          
          Sebab ketiga adalah Pulau Ubin merupakan satu destinasi pelancongan. Ia mempunyai alam semula jadi yang menarik. Pulau Ubin mempunyai kelimpahan flora dan fauna. Tambahan lagi, Pulau Ubin mempunyai marin kehidupan liar yang mungkin tidak akan didapati di tempat lain seperti pepancut laut, tapak sulaiman, kurita, sotong dan sebagainya. Oleh itu, ia akan dijadikan salah satu tarikkan pelancong. Pengunjung dapat mengagumi keindahan suasana di Pulau Ubin. Ini dapat membina semangat bagi orang yang memupuk minat dalam semula jadi. Ini juga dapat membantu meningkatkan ilmu seseorang dari segi kajian alam semula jadi.

        
         Sebab keempat bagi mengekalkan asal Pulau Ubin adalah kerana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran bagi generasi terkini. Dengan gaya hidup moden yang ada sekarang, pengetahuan mereka tentang masa lampau sungguh cetek. Dengan mengadakan lawatan bagi murid-murid untuk ke Pulau Ubin, mereka dapat mempelajari dan meningkatkan lagi pengetahuan seseorang tentang sejarah Singapura dan kehidupan orang melayu. Mereka akan lebih terdedah tentang budaya melayu pada masa silam. Mereka dapat mengumpulkan informasi dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Ini membantu dalam mengharumkan nama Pulau Ubin. Dengan ini juga, budaya melayu masih dapat dilestarikan dengan adanya pengunjung-pengunjung yang ingin mempelajari lebih tentang budaya melayu.

         
          Secara kesuluruhan, saya rasa usaha untuk mengekalkan keadaan Pulau Ubin seperti yang ada sekarang penting kerana ini mendatangkan banyak faedah bagi generasi yang tua mahupun yang muda. Masa depan pulau ini tergantung pada tangan orang-orang Singapura. Sebagai warga Singapura, ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan perkembangan negara berjalan dengan lancar. Sia-sia sahaja jika kita tidak tahu menghargai ciptaan alam dan semula jadi yang terdapat.


18:18